PJM bina dewan orang ramai, beri manfaat 10,000 penduduk - Utusan Malaysia

PJM bina dewan orang ramai, beri manfaat 10,000 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL : Dewan orang ramai yang kini siap dibina sepenuhnya dalam tempoh 30 hari dibawah Projek Jiwa Murni (PJM), Tentera Darat Malaysia memberi manfaat kira-kira 10,000 penduduk sekitar Kampung Limau Manis, dekat sini.

Program dibawah PJM sempena Hari Ulangtahun Tentera Darat ke-88 itu membabitkan seorang pegawai dan 32 anggota dari pasukan 2 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Taiping, Perak.

Panglima 4 Divisyen Kem Wardieburn Setapak Kuala Lumpur, Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran berkata, pelaksanaan PJM itu di bawah pemantauan Pegawai Pemerintah, Mejar Muhammad Hasrul Yusoff dengan dibantu pasukan di bawah naungan 11 Bridged, Kem Sungai Buloh, Selangor.

“PJM dilancarkan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain pada 1 Februari lalu dengan misi utama merealisasikan Tongqak Ke-5 Perintah Ulung PTD ke-28 iaitu peningkatan hubungan tentera darat dengan awal.

“Pasukan ini mengambil masa selama 30 hari untuk menyiapkan kerja-kerja senggaraan dan membaik pulih dewan bermula 1 September lalu dan siap sepenuhnya 30 September lepas.

“Program seumpama ini akan diteruskan untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat pada masa akan datang,” jelasnya pada majlis penyerahan PJM Dewan Orang Ramai Kampung Limau Manis, hari ini.

Ya’cob berkata, pihaknya juga turut melaksanakan projek baik pulih lima buah rumah veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen iaitu tiga buah rumah di Tanjung Karang sudah siap sepenuhnya manakala dua lagi di Sabak Bernam siap penghujung bulan ini.

“ATM memperuntukkan RM10,000 bagi setiap buah rumah dalam usaha menghargai jasa-jasa warga ATM,” katanya.

Projek yang menelan belanja RM100,000 ini adalah ditanggung sepenuhnya Kerajaan Negeri Selangor. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya