PJ City raih kemenangan pertama selepas kalahkan Kelantan FC 3-1 - Utusan Malaysia

PJ City raih kemenangan pertama selepas kalahkan Kelantan FC 3-1

DUA pemain masing-masing dari pasukan PJ City (kanan) dan Kelantan FC cuba mendapatkan bola dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium MBPJ, hari ini.- IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petaling Jaya (PJ) City meraih kemenangan sulung dalam saingan Piala Malaysia apabila menumpaskan pasukan Liga Perdana, Kelantan FC dengan 3-1, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium MBPJ, tuan rumah membuka jaringan menerusi penyerang Darren Lok pada minit ke-10 sebelum Kogileswaran Raj menambah derita Kelantan FC, sembilan minit berselang.

Begitupun, Kelantan mula merapat jurang apabila sepakan bebas Christos Intzidis menerjah ke gawang gol PJ City pada minit ke-36.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Darren Lok kemudian melengkapkan kemenangan PJ City 3-1, sembilan minit sebelum tamat.

Kejayaan tersebut membolehkan skuad bimbingan P. Maniam menaiki tangga kedua Kumpulan D dengan empat mata selepas tiga perlawanan, manakala JDT kekal mendahului carta (9 mata).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya