Pitam ketika memandu, Toyota Hilux masuk laluan bertentangan, rempuh Perodua Alza - Utusan Malaysia

Pitam ketika memandu, Toyota Hilux masuk laluan bertentangan, rempuh Perodua Alza

TANGKAP layar video dirakam pengguna jalan raya kejadian kemalangan di Kajang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu pengsan dipercayai punca kereta Toyota Hilux masuk laluan bertentangan dalam kejadian di Taman Jenaris, Kajang di sini semalam.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku apabila pemandu Toyota Hilux itu dikatakan dalam perjalanan dari pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu pitam ketika memandu akibat tidak makan dan terus panik selepas tersedar.

“Akibat itu, dia termasuk laluan bertentangan sehingga merempuh sebuah kereta Perodua Alza dan terbabas di kanan jalan dan melanggar rumah kedai di lokasi kejadian. 

“Kedua-dua pemandu tidak cedera, namun kenderaan mereka ada kerosakan susulan kemalangan berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Tambahnya, hasil ujian alkohol mendapati pemandu Hilux tidak mabuk ketika memandu manakala ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya