PETALING JAYA: Persimpangan Ijok sehingga ke persimpangan Puncak Alam (kedua-dua arah) di Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), dekat sini ditutup tiga hari mulai semalam bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan di KM3.0 oleh Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
LATAR dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan bermula pukul 10 malam sehingga 5 pagi.
Menurut kenyataan itu, trafik bagi persimpangan Ijok sehingga ke persimpangan Puncak Alam (kedua-dua arah) dilencongkan ke Jalan Persekutuan (FT54).
“Pengguna dinasihati memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda selain arahan petugas trafik sepanjang tempoh pelaksanaan.
“Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi talian hotline LATAR 03-6145 1515 atau pegawai WCE yang bertugas iaitu Muhammad Nashrul Azri Mazlan di talian 013 664 4761 dan Ridzwan Abdul Razak di talian 017 713 2004,” kata kenyataan itu.
Sebarang maklumat lanjut boleh melayari Facebook, Twitter dan Instagram LATAR untuk mendapat informasi terkini. – UTUSAN ONLINE