Perais ceburi penanaman fertigasi cili jana pendapatan - Utusan Malaysia

Perais ceburi penanaman fertigasi cili jana pendapatan

Rapelson Richard (kiri) menerima sijil sertai latihan tanaman fertigasi daripada pengurus HFE Agro Resources Ahmad Syafiq.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (Perais) mengambil inisiatif menjana pendapatan sendiri dengan menceburi aktiviti pertanian moden sistem fertigasi di atas sebidang tanah di Kampung Temelan Dayak, Lundu.

Presidennya, Rapelson Richard Hamit berkata, untuk peringkat awal pihaknya menanam 500 pokok cili di dalam polibeg dan merancang meluaskannya pada masa akan datang.

RAPELSON RICHARD HAMIT

Katanya, pemasangan sistem fertigasi kebun cili itu dibantu oleh pengurus HFE Agro Resources Sdn. Bhd. Ahmad Syafiq bersama-sama dengan kakitangan beliau pada Ahad lalu, setelah sekian lama program itu terpaksa ditangguhkan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita berhasrat dengan penglibatan Perais dalam bidang pertanian moden sistem fertigasi ini diharapkan mampu menjana pendapatan kepada persatuan dan juga agli-ahli keluarga Perais,” katanya.

Menurut Rapelson, projek itu sudah tentu akan menjana pendapatan kepada ahli-ahli persatuan berkenaan, lebih-lebih bagi dalam menghadapi pandemik Covid-19 dan setelah beralih ke fasa endemik nanti.

Rapelson berkata program ini turut disokong oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Mongin yang telah memberi geran sebanyak RM20,000 bagi pembangunan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, sebahagian daripada geran daripada Willie itu, iaitu kira-kira RM10,000 digunakan untuk pembangunan ladang cili berkenaan.

“Pihak persatuan amat berterima kasih kepada Datuk Willie (Mongin) kerana beliau sangat memahami kekurangan dan masalah golongan OKU seperti kami dengan menyalurkan geran bagi menjayakan projek yang sedang kami usahakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

POLIBEG yang sudah diisi dengan tanah untuk tanaman cili menggunakan sistem fertigasi di ladang PERAIS di daerah Lundu.

 

 

 

Sementara itu, menurut Rapelson pihak HFE Agro Resources Sdn. Bhd. telah turut menganjurkan latihan tanaman sistem fertigasi secara dalam talian zoom untuk peserta-peserta projek itu pada bulan Mei lepas, manakala penyampaian sijil kursus latihan itu disempurnakan pada hari Ahad lalu oleh Ahmad selepas selesai pemasangan sistem fertigasi berkenaan di lapangan.

Rapelson berkata projek itu akan terus dipantau oleh pihak HFE Agro Resources Sdn Bhd.- UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya