Penunggang motosikal maut nahas langgar lori Hicom

Penunggang motosikal maut nahas langgar lori

KEMALANGAN yang berlaku di Kilometer 3, Jalan Kampung Batu-Inas, Rembau tengah hari tadi. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di Kilometer 3, Jalan Kampung Batu-Inas di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Nazri Kamarolzaman, 36, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah motosikal jenis Yamaha dan sebuah lori jenis Hicom.

“Berdasarkan siasatan awal, dua buah motosikal berkenaan datang dari arah Inas, Kuala Pilah menghala ke Rembau. Sampai di tempat kejadian mangsa hilang kawalan lalu terbabas masuk laluan pemandu lori yang datang dari arah bertentangan lalu melanggar tayar belakang sebelah kanan lori berkenaan. 

“Sebuah lagi motosikal yang datang dari arah sama turut hilang kawalan, terbabas sendiri lalu terjatuh di tempat kejadian. Mangsa iaitu lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan patah tangan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hazri berkata, pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa di hantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya