Penulis blog didakwa buat hantaran komunikasi jelik hina Agong - Utusan Malaysia

Penulis blog didakwa buat hantaran komunikasi jelik hina Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penulis blog berusia 69 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan membuat hantaran komunikasi jelik yang menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman Facebook, Mei lalu.

Aspan Alias yang juga bekas pegawai kanan sebuah bank didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Seri Paduka dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 2.47 petang, 16 Mei lalu melalui aplikasi Facebook menggunakan nama `Aspan Alias’.

Kenyataan jelik itu kemudian dibaca pukul 9 pagi, 18 Mei lalu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Wangsa Maju di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy membenarkan Aspan dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes disebut pada 10 Disember ini untuk serahan dokumen.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Aspan memohon jaminan dikurangkan kerana anak guamnya hanya mampu menyediakan sebanyak RM3,000.

Peguam bela menyatakan, tertuduh yang telah kematian isteri, menganggur sejak 1995 sewaktu krisis ekonomi melanda negara dan kini meneruskan kehidupan hasil sumbangan daripada anak-anaknya.

Mohamed Haniff Khatri menyatakan, jaminan hanya bertujuan memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya