Penganggur maut motosikal rempuh kereta di Paka

Penganggur maut motosikal rempuh kereta di Paka

KEADAAN motosikal Demak dan kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 99, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Paka, Dungun, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang penganggur maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 99, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran sebuah stesen minyak di Paka, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.50 pagi itu, mangsa, Amran Sembok, 56, dari Kampung Medan Pungguk meninggal dunia akibat parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Demak ZR110 ditunggang mangsa dikatakan tiba-tiba menukar haluan dari kiri ke kanan jalan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pemandu Proton Saga berusia 27 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Besut, Besut ke Kuantan, Pahang gagal mengelak mangsa. 

“Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh ke jalan manakala pemandu Proton Saga pula cedera pada muka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baharudin berkata, mayat Amran kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya