Pemuda maut rempuh lori balak - Utusan Malaysia

Pemuda maut rempuh lori balak

KEADAAN Toyota Camry dipandu Chow Soon Khong, 21, selepas merempuh lori balak di Kilometer 357.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun, di Dungun hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pemuda maut selepas kenderaannya merempuh sebuah lori balak di Kilometer 357.5, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun, di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Chow Soon Khong, 21, dari Ampang, Selangor maut di lokasi kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu Toyota Camry 2.0 itu dikatakan cuba memotong lori balak dari arah sama. 

“Bagaimanapun, mangsa terlanggar bahagian belakang lori yang dipandu di laluan kiri lebuh raya itu. 

“Akibat pelanggaran itu, kenderaan mangsa terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita. 

Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya