Pemeriksaan berkala penumpang pengangkutan awam lengkap dua dos

Pemeriksaan berkala pastikan penumpang pengangkutan awam lengkap dua dos

mca
WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pemeriksaan secara berkala akan dilakukan oleh pihak berkuasa di bawah Kementerian Pengangkutan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan semua penumpang yang menaiki pengangkutan awam untuk merentas negeri telah lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.

Sehubungan itu, semua pengendali pengangkutan awam diminta melakukan semakan terhadap semua penumpang bagi memastikan hanya yang lengkap suntikan vaksin dibenarkan menaiki kenderaan. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, pemeriksaan secara berkala itu sebagai langkah tambahan bagi memastikan hanya individu lengkap suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan untuk menaiki pengangkutan awam. 

“Ia (pemeriksaan berkala) tidak susah sangat dan tidak melibatkan kos tambahan pun cuma memberikan keyakinan kepada orang yang menggunakan kenderaan awam khususnya untuk rentas negeri.

“JPJ misalnya boleh membuat pemantauan terhadap bas-bas ekspres dan tindakan boleh diambil terhadap syarikat yang cuai atau lalai yang membenarkan individu tidak lengkap vaksin menaiki kenderaan itu,” katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan kebakaran Kampung Baru Karak, di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung Baru Karak, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ka Siong berkata, pemeriksaan juga akan dilakukan secara berkala bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dilaksanakan termasuklah syarat lengkap suntikan vaksin.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan turut memberi tumpuan kepada kaedah meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai terhadap kepentingan mematuhi SOP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya