Pembaharuan pemegang lesen perniagaan, usahawan mikro boleh secara atas talian - MBPJ - Utusan Malaysia

Pembaharuan pemegang lesen perniagaan, usahawan mikro boleh secara atas talian – MBPJ

mbpj
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memaklumkan kepada 27,025 pemegang lesen perniagaan dan 4,287 usahawan mikro boleh membuat pembaharuan secara dalam talian.

Menurut MBPJ, semua pemegang lesen perniagaan perlu mengemas kini maklumat terkini perniagaan seperti e-mel, nombor telefon, penambahan aktiviti perniagaan dan iklan.

Katanya, maklumat itu sangat penting bagi memastikan majlis dapat menyalurkan maklumat terkini dan semua perniagaan mematuhi syarat-syarat lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan 2007.

Selain itu, katanya, pemegang lesen perlu memastikan pelekat premis berada dalam keadaan baik, sekiranya pelekat premis mengalami kerosakan, ia  boleh dimohon dengan kadar harga RM 35.00 secara janji temu.

“Majlis ingin mengingatkan agar semua pemegang lesen atau wakil perlu menyediakan terlebih dahulu dokumen-dokumen yang diperlukan dengan lengkap seperti salinan kad pengenalan, surat perwakilan kuasa bagi bukan pemegang lesen dan nombor telefon bimbit yang didaftarkan bagi menerima mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) sebelum membuat bayaran secara dalam talian.

“Pada tahun ini, pembaharuan lesen perniagaan dan usahawan mikro di bahagikan kepada empat kategori lesen seperti berikut Pembaharuan Lesen Perniagaan,  pembaharuan Kelulusan Kebenaran Merancang Dan Permit Struktur, Pembaharuan Lesen Anjing dan Pembaharuan Lesen Usahawan Mikro,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemegang lesen yang tidak mempunyai kompaun majlis, tidak memerlukan pembaharuan kelulusan kebenaran merancang dan permit struktur, kategori ini boleh membuat bayaran terus dalam talian.

“Pembaharuan Kelulusan Kebenaran Merancang Dan Permit Struktur (bagi) kategori 2, pemegang lesen yang memerlukan pembaharuan kebenaran merancang daripada Jabatan Perancangan Pembangunan dan permit struktur daripada Jabatan Kawalan Bangunan terlebih dahulu.

“Bagi pembaharuan kategori ini, Majlis menyediakan lima kakitangan daripada Jabatan
masing-masing yang bertanggungjawab dalam membantu pemegang lesen dalam urusan berkaitan bagi meneruskan pembaharuan lesen perniagaan tahun 2022 ini.

“Pemegang lesen juga boleh menghantar permohonan pembaharuan lesen melalui e-mel atau pesanan mesej melalui aplikasi WhatsApp pada waktu hari bekerja. Segala
maklumat ini juga boleh diperolehi di dalam laman web Majlis, www.mbpj.gov.my,” katanya.

Ujar kenyataan itu, pembaharuan Lesen Anjing bagi kategori 3, Pembaharuan lesen anjing yang mana pemegang lesen boleh memperbaharui lesen anjing secara dalam talian di pautan elesen.mbpj.gov.my.

“Pemegang lesen yang ingin memperbaharui lesen untuk tempoh 2 atau 3 tahun perlu menghubungi Jabatan Pelesenan secara WhatsApp di talian 013-9410146.

“Pembaharuan Lesen Usahawan Mikro (bagi) kategori 4, Pembaharuan lesen usahawan mikro di mana, pemegang lesen usahawan mikro seperti lesen gerai, kios, pasar malam, pasar pagi dan lain-lain lesen usahawan bagi tahun 2022.

“Pemegang lesen perlulah membuat permohonan janji temu secara dalam talian terlebih dahulu menggunakan QR Kod yang telah diwujudkan melalui www.mbpj.gov.my. Pemegang lesen usahawan mikro juga perlu hadir ke kaunter mengikut tarikh dan masa janji temu yang akan ditetapkan kelak selain mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Tambah MBPJ, pihaknya turut menyediakan tiga lokasi kios pembayaran lesen iaitu di Ibu Pejabat MBPJ, Menara MBPJ dan Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara di Sekyen 8, Kota Damansara yang beroperasi dari hari Isnin sehingga Ahad bermula pada pukul 8  pagi sehingga 9 malam.

“Pembayaran melalui kios ini boleh dibuat secara tunai dan kad. Bagi memberi keselesaan dan kemudahan semua pemegang lesen boleh mencetak sendiri lesen perniagaan bersaiz A4 secara dalam talian di pautan elesen.mbpj.gov.my dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan (MBPJ) 2007 yang diguna pakai.

“Orang awam dinasihatkan untuk memperbaharui lesen perniagaan dan usahawan mikro 2022 secara dalam talian sebelum tamat tempoh lesen perniagaan,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya