Pemandu Honda Civic maut kemalangan di Bukit Jelutong - Utusan Malaysia

Pemandu Honda Civic maut kemalangan di Bukit Jelutong

REMUK keadaan kereta yang menyebabkan pemandu yang maut tersebut sebelum bomba berjaya mengeluarkannya dalam kejadian kemalangan di Jalan Kampung Melayu Subang, di Subang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki pemandu Honda Civic maut sementara seorang penumpang dipercayai rakannya cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Melayu Subang menghala Bukit Jelutong, awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Daniel Aifiq, 22, dilaporkan tersepit dalam kemalangan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling manakala rakannya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.16 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

“Susulan terima panggilan, lapan anggota serta dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik ke tempat kejadian.

“Pasukan penyelamat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alat rescue tool, namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia manakala seorang penumpang yang ada dalam kereta sama cedera parah,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya