Pemandu cuba potong kereta maut selepas bertembung sebuah lori

Gagal cubaan potong kenderaan, 4 cedera terlibat kemalangan

TANGKAP layar kemalangan yang dirakam kamera pengguna jalan raya di Ulu Yam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pemandu kereta yang cuba memotong kenderaan di hadapan membawa padah apabila bertembung dengan sebuah lori di laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Ulu Yam, Batu 23, di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 8.06 pagi ketika sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dari arah Batu Caves sedang dalam perjalanan ke Ulu Yam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, ketika melalui lokasi kejadian, pemandu Mitsubishi Lancer berkenaan cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, kemalangan itu turut melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen .

“Akibat itu,  pemandu serta dua penumpang Perodua Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan.

“Pemandu Perodua Bezza patah pada bahu dan kaki manakala salah seorang daripada penumpangnya mengalami patah pada leher,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Azman, ketiga-tiga mereka kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Selayang.

Jelasnya, pemandu Mitsubishi Lancer dan Volkswagen yang masing-masing berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori berusia 51 tahun pula luka di bahagian kaki.

“Semua pihak yang terlibat telah membuat laporan polis kecuali mereka yang menaiki kereta Perodua Bezza kerana masih mendapatkan rawatan di hospital.

“Siasatan berhubung kejadian dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. 

Hari ini tular video menunjukkan beberapa buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di Jalan Ulu Yam di sini.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, kelihatan tiga buah kereta dipercayai dipandu laji sebelum salah sebuah daripadanya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya