Peguam Najib pula mohon pasport untuk ke luar negara

Peguam Najib pula ke luar negara

MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Seri Najib Razak, kini giliran peguam utamanya pula, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula memohon pasport untuk ke luar negara.

Menurut notis usul yang difailkan Muhammad Shafee, beliau hendak ke New York, Amerika Syarikat untuk berjumpa dan menguruskan urusan pengajian anaknya di The New School Parson.

Menurut permohonannya, beliau akan ke negara Uncle Sam itu pada 27 Oktober ini sehingga 30 November ini.

“Pasport akan dikembalikan kepada mahkamah selewat-lewatnya pada 3 Disember 2021,” ujar peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Muhammad Shafee.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, S. Nithia selaku responden tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Hakim Muhammad Jamil Hussin selepas mendengar permohonan dan meneliti afidavit, membenarkan permohonan itu.

“Mahkamah telah mendengar permohonan notis usul dan membaca afidavit sokongan pemohon (Muhammad Shafee). Selepas menimbang alasan-alasan pemohon dan responden tiada apa-apa bantahan, permohonan pemohon adalah dibenarkan,” kata hakim itu.

Pasport itu diserahkan kepada Muhammad Shafee hari ini.

Muhammad Shafee kini sedang dibicarakan atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui cek dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Peguam itu juga didakwa atas dua pertuduhan terbabit dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113 (1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Masih terdapat tiga orang saksi yang belum dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang akan bersambung esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya