Pasangan pembantu kedai makan dicekup khalwat - Utusan Malaysia

Pasangan pembantu kedai makan dicekup khalwat

PEGAWAI penguat kuasa JHEAIK menyoal siasat pasangan yang ditangkap berkhalwat di sebuah rumah di Jalan Telok Wanjah, Alor Setar, malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Cubaan seorang wanita menipu pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) dengan mendakwa lelaki yang berada di rumahnya hanya singgah menghantar makanan tidak berjaya apabila ditangkap khalwat di sebuah rumah di Jalan Telok Wanjah di sini, malam semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan berusia 18 dan 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah malam selepas menerima maklumat awam.

Kata beliau, lelaki tersebut yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Pokok Sena dekat sini memberi alasan hanya menumpang sebentar kerana keadaan cuaca yang sedang hujan lebat.

“Wanita terbabit yang juga seorang pembantu kedai di Alor Setar pula menipu dengan mendakwa lelaki tersebut hanya singgah menghantar makanan sekitar pukul 11 malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pasangan yang tinggal berduaan dalam rumah tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen perkahwinan sah ketika pemeriksaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki khalwat dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya