Pas tidak tersepit sebaliknya jadi rebutan - Utusan Malaysia

Pas tidak tersepit sebaliknya jadi rebutan

AHMAD Fadhli Shaari (dua, kiri) bersama sebahagian kepemimpinan baharu Dewan Pemuda Pas Malaysia selepas pemilihan yang diadakan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-62 di Port Dickson, semalam-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Saranan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man supaya UMNO dan Bersatu menggunakan logo Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jelas menunjukkan Pas tidak berada dalam keadaan tersepit sebaliknya menjadi rebutan di antara kedua-dua parti berkenaan.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, dalam isu tersebut juga, beliau melihat Pas mempunyai nilai yang tinggi selain dipercayai UMNO mahupun Bersatu.

“Bagaimanapun, Pas akan bertindak sebaik mungkin untuk menjadikan persefahaman politik ini menjadi kenyataan dan tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru. 

“Saya dimaklumkan Pas akan keluarkan kenyataan sedikit masa lagi dan kami juga maklum bahawa perkembangan terbaharu yang dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diberi mandat oleh UMNO (untuk berunding), ia satu perkembangan yang cukup baik,” katanya.

Ahmad Fadhli berkata demikian kepada pemberita selepas sidang akhbar kepemimpinan baharu Dewan Pemuda Pas Malaysia bagi sesi 2021-2023 di sini hari ini.

Tuan Ibrahim sebelum ini mencadangkan semua parti termasuk UMNO untuk menggunakan logo Pas pada PRN Melaka.

Ia selepas Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas dalam menghadapi PRN Melaka dengan Pas menggunakan lambang parti itu sendiri.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula menyifatkan kenyataan Tuan Ibrahim hanyalah sebagai satu jenaka.

Mesyuarat khas Majlis Tertinggi PN baru-baru ini memutuskan parti gabungan itu termasuk Pas akan menggunakan lambang gabungan tersebut dalam PRN Melaka.

Sementara itu, Ahmad Fadhli yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, optimis terdapat jalan keluar bagi membentuk kerjasama antara ketiga-tiga parti berkenaan. 

“Saya optimis akan berlaku jalan keluar dan ia akan berakhir di atas meja rundingan. Kami juga telah meluluskan usul tergempar bahawa Pemuda Pas akan sentiasa berdiri teguh bersama pendirian yang diputuskan oleh institusi Presiden. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya