[PARLIMEN]Remaja hanya alami kesan sampingan selepas disuntik vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]Remaja hanya alami kesan sampingan selepas disuntik vaksin Covid-19

PICKids
NOOR AZMI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sehingga kini, tiada remaja yang mengalami kesan sampingan teruk akibat vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya tidak menafikan bahawa terhadap kesan sampingan yang berlaku terhadap remaja selepas menerima suntikan namun pulih dalam beberapa hari.

“Seperti ubat lain, vaksin juga berkemungkinan mempunyai kesan sampingan, setakat ini beberapa kes yang dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara seperti bengkak, sakit ditempat suntikan, penat,sakit kepala, sakit sendi, demam, loya dan rasa tidak sihat.

“Sekiranya berlaku kesan serius susulan vaksin Covid-19, kerajaan pada 17 Mac lalu telah mengumumkan bantuan khas kesan terhadap vaksin, ini kalau serius, setakat ini tak ada (bagi remaja),” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam masa yang sama, Noor Azmi turut menjelaskan pemberian vaksin adalah secara sukarela dan ibu bapa bertanggungjawab membuat pilihan terbaik untuk anak mereka.

“Bagaimanapun kerajaan berusaha memberikan penerangan tentang faedah vaksin kepada ibu bapa, remaja dan keluarga sebagai melindungi mereka dari jangkiti Covid-19,” katanya.

Setakat 20 September lalu, Noor Azmi berkata, sebanyak 1.9 dos telah diberi kepada remaja untuk suntikan pertama.

“Bagi golongan remaja setakat semalam, 1.9 juta telah terima dos pertama bagi mereka berumur antara 12 hingga 17 tahun atau 62.5 peratus, dan angka itu telah melepas sasaran awal kita, yang menyasarkan 60 peratus remaja terima dos pertama pada bulan November.

“Tetapi  setelah 14 hari bermula sejak 20 September hingga semalam, kita berjaya mencapai 62.5 peratus suntikan dos pertama, ini pencapaian membanggakan.

“Daripada jumlah itu juga seramai 343,000 atau 90.9 peratus remaja berusia 16 tahun dan 344,000 atau 92.8 peratus remaja berumur 17 tahun. Kita sasar 80 peratus remaja lengkap doa vaksin sebelum hujung tahun,” katanya ujarnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya