Paip pecah, 156 kawasan alami gangguan air - Utusan Malaysia

Paip pecah, 156 kawasan alami gangguan air

SEBANYAK 156 kawasan di Sepang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air berikutan kejadian paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi di Sepang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menutup bekalan air pada pukul 9 malam tadi bagi memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar.

“Air Selangor terus menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya.

Sementara itu, katanya, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 6 petang esok, bagaimanapun bermula 6.30 petang hari ini, beberapa kawasan terjejas mula mendapat bekalan secara berperingkat.

“Berikutan itu, air dijangka mula disalurkan kepada para pengguna pada jam 6:30 petang ini secara berperingkat-peringkat ke ke 156 kawasan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan.

Bekalan air dijangka  pulih sepenuhnya pada pukul 6 petang, 20 Oktober 2021. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Selain itu, pengguna dinasihatkan mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air dari lori tangki yang tiba,” katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.airselangor.com dan saluran komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram, selain pertanyaan dan aduan juga boleh disalurkan di talian 15300 atau Pusat Bantuan di aplikasi Air Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya