Operasi sekolah Melaka, Lembah Klang ikut Fasa 4 mulai 1 November - Utusan Malaysia

Operasi sekolah Melaka, Lembah Klang ikut Fasa 4 mulai 1 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengoperasian sekolah mengikut Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka hanya bermula pada 1 November ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan berkata, ini melibatkan kemasukan murid bagi Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah. 

Menuurutnya, kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas  peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri-negeri tersebut akan bermula pada 8 November ini  iaitu seminggu selepas negeri-negeri tersebut memulakan  pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN.  

KPM menjelaskan, pada masa ini, pengoperasian sekolah negeri-negeri berkenaan terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN bermula esok.

“Pengoperasian Fasa 3 PPN ini melibatkan murid prasekolah, murid  berkeperluan khas (MBK) di sekolah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah pendidikan khas vokasional dan program pendidikan khas integrasi,  Tingkatan 6 semester 2 dan prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia.

“Ini termasuk kelas  peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma, serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia  Higher School Certificate dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa lain,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, KPM berkata, pengoperasian institusi pendidikan bagi negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 2 PPN, esok. 

Namun, katanya, apabila negeri-negeri berkenaan beralih ke Fasa 3 bermula esok, maka pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan baharu ini akan bermula pada 31 Oktober.  

“Manakala bagi negeri Pulau Pinang, Perak dan Sabah, pengoperasian  institusi pendidikan berdasarkan ketetapan Fasa 3 akan bermula 1 November ini.  

“(Langkah ini dibuat) kerana KPM telah menetapkan, jika sesebuah negeri beralih ke fasa  seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut  ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu  daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya