OKU rogol anak sendiri dipenjara 15 tahun, 10 sebatan - Utusan Malaysia

OKU rogol anak sendiri dipenjara 15 tahun, 10 sebatan

Lelaki OKU mengaku bersalah merogol anak kandung yang juga seorang OKU, dua bulan lalu dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tergamak merogol anak kandungnya yang juga seorang OKU, dua bulan lalu dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, seorang penjaja kudung tangan kiri berusia 50 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 16 tahun empat bulan semasa kejadian dalam bilik sebuah rumah di Kuala Krai kira-kira pukul 11.59 malam pada 18 Ogos lalu.

Dia  didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun dan 10 kali sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Abu Arsalnaa memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh yang sanggup melakukan perbuatan keji terhadap anak sendiri manakala tertuduh pula merayu hukuman ringan kerana pendapatannya sebagai penjaja hanya RM300 sebulan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan 10 sebatan terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, mangsa yang cacat kedua-dua belah kaki mendakwa dirogol bapanya sebanyak lebih 30 kali dengan kali pertama, sekitar Mac 2017, kira-kira seminggu selepas isteri lelaki tersebut iaitu ibu tirinya meninggal dunia.

Berdasarkan siasatan, terdapat satu rakaman video tertuduh sedang merogol anaknya tanpa kerelaan mangsa yang dirakam sendiri oleh gadis itu menerusi telefon bimbitnya untuk dijadikan bukti.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya