Nelayan Dungun derita muara sungai cetek - Utusan Malaysia

Nelayan Dungun derita muara sungai cetek

SEBUAH bot yang tersadai di muara Sungai Dungun selepas tersangkut pada beting pasir akibat masalah muara sungai cetek di Dungun, hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kira-kira 100 nelayan di daerah ini menderita akibat isu muara sungai cetek yang berlarutan sejak lebih lima tahun lalu. 

Keadaan yang makin meruncing itu menyebabkan rata-ratanya terpaksa menanggung kerugian besar berikutan kerosakan pada bot masing-masing. 

Malah, seorang nelayan, Mohd. Zahimi Azlan, 38, berkata, mereka sentiasa bergadai nyawa setiap kali melalui muara sungai berkenaan. 

“Bot berisiko bocor jika enjin terkena beting pasir dan memang sudah banyak yang rosak di samping berlaku kejadian bot terbalik,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun di sini hari ini. 

Seorang nelayan, Zulkifli Deraman, 40, pula berkata, situasi itu turut menyebabkan mereka perlu menunggu lebih dua jam di laut sebelum dapat masuk ke pengkalan masing-masing. 

“Memang membuang masa, kerana jika air surut, kami perlu menunggu berjam-jam dan mengikut giliran untuk masuk ke kuala. 

“Bagi bot kecil seperti gentian kaca mungkin tidak terlalu bermasalah, tetapi bot besar berisiko tersangkut pada beting pasir,” katanya. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, masalah berkenaan bakal diselesaikan menerusi pembinaan sistem tebatan ombak yang dianggarkan bernilai kira-kira RM250 juta. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya