Nasihat Menteri kuatkan semangat calon SPM ke sekolah 

Nasihat Menteri kuatkan semangat calon SPM ke sekolah 

RADZI Jidin (kanan) meluangkan masa berbual dengan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Adib Baihaqi Khairu Riduan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Beberapa hari sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula, Muhammad Adib Baihaqi Khairu Riduan, 17, sering bimbang untuk ke sekolah kerana belum melengkapkan vaksinasi Covid-19.

Muhammad Adib Baihaqi cuma mendapat suntikan dos pertama pada 21 September lalu manakala dos kedua bakal diterimanya sembilan hari lagi pada 12 Oktober ini.

Bagaimanapun, keyakinan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman itu untuk meneruskan rutin ke sekolah bertambah apabila menerima kata-kata semangat daripada Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada hari pertama persekolahan, hari ini.

Katanya, walaupun pertemuan itu singkat, namun cukup bermakna baginya yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

“Menteri sempat berpesan agar saya belajar bersungguh-sungguh dan minta sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) bukan sahaja di sekolah tetapi di juga di luar,” katanya ketika ditemui pemberita di SMK Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Terdahulu, Radzi yang tiba pada pukul 7.15 pagi meluangkan masa kira-kira 45 minit di sekolah berkenaan bagi meninjau perjalanan hari pertama sesi persekolahan bersemuka.

Bagi Eiriiessha Faizal Rizal, 17, dia teruja untuk ke sekolah kerana sudah bosan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak Mei lalu.

“Akhirnya saya dan kawan-kawan dapat belajar di dalam kelas, semoga segala urusan serta persediaan kami dalam menghadapi peperiksaan SPM berjalan lancar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya