Najib tidak pernah pinda laporan audit khas KLIA2 - Utusan Malaysia

Najib tidak pernah pinda laporan audit khas KLIA2

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini, dimaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah meminta pindaan dibuat terhadap laporan audit khas berhubung projek KLIA2.

Menurut bekas Pengarah Jabatan Audit Negara, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, laporan audit khas adalah mengenai projek syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan KLIA2 dianggap bersifat siasatan kerana tidak seperti audit biasa yang dijalankan pihaknya selama ini.

Kata saksi ketujuh pendakwaan itu, laporan audit khas diminta oleh Kabinet atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) manakala juruaudit diberi kuasa untuk tidak hanya mencari maklumat daripada pihak diaudit tetapi membabitkan pihak lain.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, Saadatul Nafisah memaklumkan, Najib tidak meminta sesalinan selain pindaan dilakukan terhadap laporan audit khas KLIA2.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 23(1) dan 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan disambung pada 29 November ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya