Mukhairi tekad balas kepercayaan Cheng Hoe - Utusan Malaysia

Mukhairi tekad balas kepercayaan Cheng Hoe

MUKHAIRI AJMAL MAHADI (kanan) antara muka baharu yang disenaraikan Cheng Hoe untuk mengharungi dua aksi persahabatan berdepan Jordan dan Uzbekistan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang muda negara, Mukhairi Ajmal Mahadi mahu membalas kepercayaan yang diberikan pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan membuktikan bahawa dirinya layak menyarung jersi Harimau Malaya meskipun kali pertama menyertai skuad senior.

Tonggak Selangor berusia 20 tahun itu, antara muka baharu yang disenaraikan Cheng Hoe untuk mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Jordan dan Uzbekistan dengan kedua-dua aksi itu akan berlangsung di Amman, Jordan pada Rabu dan 9 Oktober ini.

Menyedari dia perlu bersaing sengit dengan pemain senior yang lebih berpengalaman bagi merebut tempat dalam skuad kebangsaan, Mukhairi enggan melepaskan peluang keemasan ini untuk membuktikan kemampuannya bersama Harimau Malaya.

“Ramai pemain yang bagus dan mungkin ini adalah peluang terbaik untuk saya kerana dapat kepercayaan jurulatih menyertai skuad kebangsaan. Saya akan cuba sesuaikan diri dengan cepat bersama pasukan.

“Saya juga mungkin boleh ambil pengalaman dari pemain lebih senior dan belajar sesuatu untuk menjadi lebih baik,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi semalam.

Sebelum ini, kem latihan pusat Harimau Malaya rata-rata disertai pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) namun kali ini jurulatih berusia 53 mengambil langkah berani menyenaraikan ramai muka baharu tetapi rata-rata pemain dipilih merupakan pemain utama dalam pasukan kelab masing-masing.

Dua aksi persahabatan yang bakal diharungi menjadi medan terbaik untuk pemain muda memikat hati Cheng Hoe sememangnya merancang untuk menguji barisan pemain baharu sebagai persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF 2020 hujung tahun ini dan kelayakan Piala Asia 2023, tahun depan.

Selain itu, Mukhairi yang pernah bersama skuad bawah 19 (B-19) tahun negara bersedia menggalas tugas sebaik mungkin jika diturunkan dan percaya barisan kali ini juga merupakan antara pemain terbaik yang berada dalam Liga Malaysia.

“Kita tak boleh rasa terlalu yakin dan kita perlu rasa macam bola sepak normal. Bola itu bulat, kalau ada rezeki, kita boleh dapat keputusan yang baik.

“Semua pemain yang terpilih adalah terbaik dan saya harap kami boleh menajdi satu pasukan yang kuat apabila menentang Jordan dan Uzbekistan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya