Muat naik video berunsur lucah: Wanns Ahmad mohon maaf - Utusan Malaysia

Muat naik video berunsur lucah: Wanns Ahmad mohon maaf

WANNS Ahmad mendedahkan insiden itu berlaku selepas timbul salah faham antara dia dan pembantu peribadinya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Wanns Ahmad tampil memohon maaf atas tindakan memuat naik video berunsur lucah di Instagram (IG) semalam.

Artis berusia 31 itu dalam satu entri di media sosial berkata, tindakan memuat naik video tersebut adalah satu kesilapan yang berlaku akibat salah faham antara dia dan pembantu peribadinya bernama Syed.

“Saya Wanns Ahmad ingin memohon maaf di atas video review berunsur lucah di IG saya semalam.

“Ia adalah satu kesilapan dek kerana miss communication (salah faham) antara saya dan PA, Syed.

“Saya berjanji ia tidak berulang lagi, terima kasih,” tulisnya.

Penyanyi lagu Terus Mencintaimu itu bagaimanapun telah segera memadam video tersebut dari IG bagi mengelakkan ia ditonton ramai dan menjadi tular.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya