Mount pemain serba boleh - Cole - Utusan Malaysia

Mount pemain serba boleh – Cole

PEMAIN tengah Chelsea, Mason Mount (kanan) meraikan jaringan ketiganya ketika membantu skuad Blues membelasah Norwich City 7-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London, malam kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain tengah Chelsea, Joe Cole memuji kecemerlangan Mason Mount selepas dia meledak hatrik ketika membelasah Norwich 7-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Mount berjaya menamatkan kemarau jaringan dengan kali terakhir dia meledak gol di separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, Mei lalu.

Cole menyifatkan pemain berusia 22 tahun itu sebagai bakat luar biasa di negara itu dan pada masa sama mempersoalkan kenapa penyokong England tidak pernah menghargai pemain itu.

“Dia tidak mendapatkan hak yang sewajarnya sebelum ini. Dia berjaya melakukan dalam perlawanan ini.

“Dia menjadi pemain luar biasa di negara ini tetapi penyokong tidak pernah menghargainya.

“Tetapi saya tidak pernah berjumpa mana-mana pemain atau jurulatih yang bercakap buruk mengenai persembahannya,” katanya.

 

PEMAIN tengah Chelsea, Mason Mount (dua dari kiri) menyempurnakan sepakan penalti ketika membantu skuad Blues berpesta gol 7-0 ke atas Norwich City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London, malam kelmarin.- AFP

Sementara itu, Chris Sutton juga senada dengan Cole mempersoalkan kenapa dia tidak dihargai peminat sedangkan dia merupakan pemain versetail dan luar biasa.

“Chelsea akan memenangi piala kerana memiliki pemain yang dimahukan oleh kelab lain di seluruh dunia seperti Mount Mount dan (Callum) Hudson-Odoi. 

“Chelsea akan jadi juara liga musim ini kerana ada pasukan yang kuat,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya