Md. Rawi tidak pertahan DUN Tanjung Bidara - Utusan Malaysia

Md. Rawi tidak pertahan DUN Tanjung Bidara

MD. RAWI MAHMUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Md. Rawi Mahmud mengesahkan, tidak akan mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kelak.

Katanya, beliau mengambil keputusan tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada muka baharu menjadi wakil rakyat di situ.

Beliau berkata, perkhidmatan selama dua penggal selepas menang dengan cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan PRU-14 sudah cukup buatnya.

Jelasnya, hasrat itu telah dimaklumkan kepada Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

“Memandangkan usia saya akan menjangkau 70 tahun tidak lama lagi, rasanya eloklah saya mengundur diri daripada bertanding pada PRN nanti. Usia dah lanjut, adalah lebih baik bagi peluang pada orang lain. 

“Saya rasa cukuplah setakat ini saya menjadi wakil rakyat selama dua penggal. Saya sudah laksanakan tanggungjawab dengan baik dan ini masanya UMNO tampilkan calon lebih wibawa.

“Saya lihat ramai calon UMNO di Masjid Tanah yang boleh diketengahkan dan dilihat lebih bagus untuk menggantikan tempat saya dalam usaha mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Md. Rawi berkata, beliau yakin Tanjung Bidara akan terus menjadi milik BN, memandangkan rakyat di kawasan tersebut masih memberi kepercayaan tinggi terhadap UMNO.

Bekas pesara guru itu mengejutkan ramai pihak pada PRU-13, apabila di saat akhir dipilih menjadi calon BN menggantikan penyandang kerusi, Datuk Kapten (B) Abdul Karim Sulaiman yang terpaksa menarik diri atas sebab kesihatan.

Beliau yang bertanding satu lawan satu dengan calon Pas, Imran Abdul Rahman menang dengan majoriti 4,240 undi.

Pada PRU-14, Md. Rawi mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,864 mengatasi dua calon lain.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya