Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya, aktiviti keagamaan dibenarkan

Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Masjid di negeri ini dibuka sepenuhnya termasuk aktiviti pengimarahan dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) secara berperingkat bermula Subuh, esok.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kelonggaran tersebut mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selepas meneliti perkembangan semasa Covid-19.

Titah baginda, semua aktiviti pengimarahan sama ada solat lima waktu, Jumaat, jenazah, kuliah agama, ceramah, akad nikah dan sebagainya dibenarkan dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

“Namun bagi aktiviti jamuan hendaklah dilaksanakan secara edaran (tanpa menggunakan polisterin serta meminimakan plastik sekali guna),” titah baginda dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, selari dengan suasana semasa serta kebenaran yang diumumkan kerajaan, beberapa perkara yang dihadkan sebelum ini kembali dibenarkan seperti tidak ada lagi had kehadiran jemaah di masjid.

Baginda bertitah, penjarakan fizikal ketika solat pula dikurangkan kepada satu meter dan ia hendaklah sentiasa dipraktikkan semasa berada di masjid termasuk ketika sesi kuliah, ceramah dan sebagainya. 

Titah baginda, anak para jemaah yang tinggal serumah pula boleh merapatkan saf antara mereka di masjid.

“Mereka yang dibenarkan hadir ke masjid itu bagaimanapun mestilah yang lengkap vaksinasi. Meskipun memenuhi syarat, mereka yang berstatus individu dalam siasatan (PUI) dan individu dalam pengawasan (PUS) serta memiliki risiko untuk dijangkiti seperti mempunyai gejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selesema dan sebagainya dilarang hadir.

“Walaupun telah dilaksanakan pengurangan pada sebahagian SOP, semua yang hadir hendaklah kekal mematuhi segala SOP sedia ada seperti memakai pelitup muka, membawa sejadah sendiri, mengambil wuduk sebelum ke masjid, mengimbas suhu serta melaksanakan rekod penjejakan sosial melalui MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan,” titah baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berharap agar masjid terus dijadikan contoh dalam pematuhan SOP

“Dalam usaha untuk mempersiapkan Perlis memasuki transisi fasa endemik, adalah menjadi harapan agar segala kelonggaran SOP pengimarahan masjid ini disambut baik oleh seluruh rakyat.

“Kejayaan pencapaian 90 peratus kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) merupakan satu anugerah yang harus disyukuri, bukan sekadar pada lisan, tetapi disusuli amalan dengan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya