Malaysia tamat kempen tanpa kemenangan - Utusan Malaysia

Malaysia tamat kempen tanpa kemenangan

S. KISONA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad muda negara menamatkan saingan Piala Uber tanpa sebarang kemenangan selepas tewas 1-4 kepada Kanada dalam aksi terakhir Kumpulan D di Aarhus, awal pagi tadi.

Dalam aksi pertama, perseorangan wanita negara, S. Kisona yang direhatkan dalam perlawanan menentang China sebelum ini, gagal menghadiahkan mata pertama apabila tewas 9-21, 14-21 kepada Talia Ng.

Perlawanan kedua membabitkan beregu Teoh Mei Xin-Yap Ling juga gagal menghadiahkan sebarang mata selepas mereka tewas 21-13, 10-21, 14-21 kepada Rachel Honderich-Kristen Tsai.

Harapan untuk menyaksikan Eoon Qi Xuan menyumbangkan mata juga tidak kesampaian selepas dia tewas Rachel Chan 12-21, 13-21.

Mata tunggal negara disumbangkan M.Thinaah-Go Pei Kee yang berjaya menewaskan Catherine Choi-Crystal Lai 21-12, 21-13.

“Ini adalah kali pertama kami bersama dan kami hanya bermain untuk menang.

“Tetapi kemengangan kami tidak mengubah sebarang keputusan tetapi kemenangan dalam saingan ini adalah bermakna dan gembira buat kami,” kata Thinaah.

Aksi terakhir menyaksikan K. Letshana gagal meneruskan momentum kemenangan apabila tewas 17-21, 21-16, 12-21 kepada Wen Yu Zhang.

Kekalahan itu meyaksikan skuad Piala Uber gagal mencapai sasaran suku akhir yang ditetapkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas tewas 1-4 kepada tuan rumah, Denmark, Sabtu lalu, 0-5 kepada China pada Ahad lalu dan Kanada 1-4.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya