Mahdzir mahu harga lantai getah sekerap dinaikkan - Utusan Malaysia

Mahdzir mahu harga lantai getah sekerap dinaikkan

MAHDZIR Khalid (tiga kiri) semasa melawat Kilang Getah SMR di Tuaran, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUARAN: Harga lantai getah sekerap perlu dinaikkan bagi memastikan pekebun kecil getah tidak beralih kepada tanaman komoditi lain.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, di Sabah terdapat kira-kira 80,000 pekebun kecil yang bergantung kepada hasil jualan getah sekerap.

Kata beliau, jika harga lantai getah sekerap sedia ada tidak dinaikkan, dikhuatiri pekebun kecil beralih kepada tanaman kelapa sawit.

“Pendekatan harus diambil untuk menaikkan harga lantai getah sekerap bagi membantu menstabilkan bekalan getah di Sabah yang kebanyakkannya dieksport ke luar negara termasuk China.

“Pekebun kecil di Sabah tidak berhadapan dengan masalah menjual getah kerana Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menyediakan tiga buah kilang pemprosesan getah yang mampu menampung sehingga 50,000 tan setahun,” katanya semasa lawatan ke Kilang Getah SMR, di sini hari ini.

Menurut Mahdzir, beliau menyokong kenyataan Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif yang mahukan harga lantai sekerap dinaikkan.

“Walaupun langkah ini mungkin sukar tapi kita (kerajaan) mesti mencari jalan untuk memastikan mereka (pekebun kecil) tidak beralih kepada tanaman lain seperti kelapa sawit,” katanya.

Beliau juga menggalakkan LIGS supaya memperluaskan tanaman getah di Sabah bagi menyokong pengeluaran getah untuk dieksport.

Mengulas lanjut katanya, sebagai agensi yang berada di bawah kementerian itu, beliau akan memastikan pekebun-pekebun kecil di Sabah akan dibantu melalui LIGS.

Pada Ahad, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kementerian itu akan meneliti cadangan menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

Zuraida berkata, kajian akan dilakukan dengan kerjasama pegawai kementerian berkenaan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya