Maafkan saya, buat masa sekarang… - Niezam Zaidi - Utusan Malaysia

Maafkan saya, buat masa sekarang… – Niezam Zaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Assalamualaikum semua, saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua.”

Itu reaksi pelakon Niezam Zaidi yang ditahan polis kerana didapati positif dadah jenis THC.

Berkongsi status tersebut di akaun Instagramnya, pelakon filem Longkai itu turut memohon maaf kepada pihak media dan rakan-rakan artis yang cuba untuk menghubunginya menerusi media sosial dan WhatsApp.

“Saya minta maaf jika tidak dapat membalas komen-komen sahabat handai, media dan rakan-rakan seperjuangan melalui mesej di Instagram, WhatsApp, panggilan telefon dan sebagainya.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah di atas apa yang terjadi dan jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga Allah merahmati kalian.

“Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa komen mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati, amin,” ujarnya.

Untuk rekod, pelakon filem Budak Pailang bersama pengarah Mohd. Latiff Zami, 49 dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 47 telah dicekup pihak polis dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah inap desa di Kuala Kangsar pada 7.15 pagi, Ahad lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya