Lori tangki minyak tanpa permit ditahan seludup petrol - Utusan Malaysia

Lori tangki minyak tanpa permit ditahan seludup petrol

LORI tangki minyak tanpa permit yang ditahan di sebuah stesen minyak di Tawau semalam.-IHSAN Polis Marin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Hasrat seorang pemandu lori tangki minyak menyeludup petrol tidak kesampaian apabila lelaki berkenaan ditahan semasa sedang mengisi tangki minyak berkenaan di sebuah stesen minyak dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.20 malam itu, Pasukan Polis Marin (PPM) bertindak menahan pemandu tersebut kerana gagal menunjukkan permit kebenaran membawa barang kawalan tersebut.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM daerah, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata, semasa diperiksa, pemandu lelaki berusia 38 tahun gagal menunjukkan surat atau permit kebenaran membawa barang kawalan tersebut daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Semasa pemeriksaan dilakukan, pemandu telah mengisi beberapa liter minyak petrol ke dalam lori tangki berkenaan.

Kemudian lelaki bersama lori ditahan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM62,050 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ridzauddin turut menasihatkan masyarakat pesisir pantai dan komuniti maritim untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang melalui aplikasi WhatsApp PPM Sabah di talian 013-9391197 atau berhubung terus ke bilik gerakan PPM Tawau di talian 089-983268.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya