Lelaki maut terkena renjatan elektrik - Utusan Malaysia

Lelaki maut terkena renjatan elektrik

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terkena renjatan elektrik dari longkang di simpang masuk Pekan Batu 8, Sandakan, pagi tadi.-IHSAN Bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di dalam longkang simpang masuk Pekan Batu 8 dekat sini, awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.32 pagi itu, mayat mangsa, Mohd Nasir Hassan berusia 30an itu ditemukan dalam longkang berkenaan.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Jimmy Lagung berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dan mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang dipercayai terkena renjatan elektrik.

 

Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa selepas kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik dilakukan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

 

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya