Lebih baik abaikan - Hafreez Adam kongsi cara tangani individu toksik - Utusan Malaysia

Lebih baik abaikan – Hafreez Adam kongsi cara tangani individu toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hafreez Adam menyarankan mereka yang berdepan individu toksik agar segera abaikan golongan berkenaan.

Hafreez yang menjawab pertanyaan peminat di Instagram berkata, kewujudan individu yang bersifat toksik ini hanya akan membawa pelbagai masalah kepada orang lain.

“Ignore (abaikan) sahaja. Kadang-kadang orang-orang toksik ini tidak rasa dia toksik. Dia rasa dia mangsa orang-orang toksik.

“Lepas itu, kita layan, nak jelaskan itu ini, tegakkan fakta itu ini. Lepas itu, kita pula toksik,” katanya.

Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan, 31, dalam pada itu berkata langkah terbaik diambil adalah dengan mengabaikan golongan tersebut dan fokus kepada kemajuan diri sendiri.

“Ah sudah, jadi 134 episod. Lebih baik abaikan dan fokus pada peningkatan diri sahaja,” tulisnya.

– habis –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya