Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim lulus di peringkat merancang - Utusan Malaysia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim lulus di peringkat merancang

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rancangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) hanya diberi kelulusan di peringkat merancang projek pembangunan mega itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, keputusan akhir meneruskan projek tersebut adalah di bawah bidang kuasa kementeriannya setelah meneliti perancangan bagi mewujudkan lapangan terbang tersebut.

“Kalau tidak salah saya pada 13 Ogos tahun lalu semasa saya menghadiri mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN), perkara ini dibangkitkan, mereka minta supaya KXP diluluskan dan ini salah satu agenda dibincangkan ketika itu, tapi setelah menerima pandangan semua agensi mesyuarat tersebut hanya membenarkan mereka merancang, bermaksud masih tertakluk kepada keputusan akhir Kementerian Pengangkutan.

“Dalam kontrak ini kalau hendak luluskan sebuah lapangan terbang ia kena melalui beberapa proses termasuk perancangan fizikal negara. Jadi kita masih tunggu perancangan daripada pasukan pakar berhubung KXP ini untuk menyakinkan kita, kita kena pertimbang semua sudut,” katanya ketika menggulung Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban) tentang status pembinaan KXP memandangkan maklumat diterimanya masih belum diluluskan Kementerian Pengangkutan.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memaklumkan Putrajaya meluluskan pembinaan KXP selepas kajian mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka tidak mampu menampung pertambahan penumpang pada masa hadapan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN