Kertas Pandora: Tidak sesuai dari segi moral - Tun Mahathir

Kertas Pandora: Tidak sesuai dari segi moral

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan pihak yang disebut dalam Kertas Pandora tidak melakukan sebarang kesalahan undang-undang jika membuat pembayaran cukai di negara terlibat.

Namun bekas Perdana Menteri itu berkata, perbuatan berkenaan adalah tidak sesuai dari segi moral sekiranya menyimpan duit di negara lain.

Tambah beliau, sekiranya tidak setuju dengan undang-undang sedia ada, kerajaan boleh dicadang meminda undang-undang berkenaan keuntungan di pesisir luar dengan keuntungan diperoleh perlu dibawa balik ke negara ini.

“Terpulanglah kepada kerajaan dari segi undang-undang, ia tidak bersalah tetapi dari segi moral mungkin tak sesuailah kalau ada duit simpan di luar negara. 

“Sebaliknya mereka ini ada yang dapat keuntungan di luar negara. Bukan di dalam negara dan mereka membayar hasil cukai di negara-negara itu. Jadi kalau mereka bawa balik mungkin akan dikenakan bayaran lain pula.

“Jadi mereka tidak buat kesalahan sama ada di negara kita ataupun di negara mereka berniaga. Kalau mereka tak bayar cukai di negara yang mereka berniaga, itu salahlah,” katanya dalam sidang akhbar di Yayasan Al-Bukhary hari ini.

Sebelum ini beberapa media melaporkan beberapa pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lepas.

Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki 14 firma di serata dunia.

Menurut pendedahan tersebut, beberapa individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya