Kerajaan negeri pernah cuba singkir Norhizam, Noor Effandi - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri pernah cuba singkir Norhizam, Noor Effandi

NOR AZMAN Hassan (kanan) mengadakan sidang akhbar di Dewan Cruise, Puteri Qashrina Chalet, Pantai Puteri, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka pernah dicadang untuk dipecat, kemudian diganti dengan ahli dewan undangan negeri (ADUN) daripada DAP, kata ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.

Azman mendedahkan, pertemuan pada Ogos lalu antara UMNO dengan DAP telah membincangkan pelantikan ADUN DAP untuk menggantikan posisi ADUN Pengkalan Batu (Bebas), Datuk Norhizam Hassan Baktee  dan ADUN Telok Mas (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad.

Dakwanya lagi, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad sudah empat kali berjumpa DAP dan perkara itu didedahkan sendiri oleh Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew.

“Kok Kiew sendiri yang cakap pada saya bahawa Mohamad Ali berjumpa mereka untuk menawarkan dua kerusi Exco bagi menggantikan Norhizam dan Noor Effandi. 

“Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sendiri pun bertemu dengan DAP sehari sebelum sidang akhbar pada 4 Oktober lepas.

“Macam saya, DAP sendiri yang datang ke rumah. Come on, kamu sendiri (Ab. Rauf dan Mohamad Ali) berjumpa dengan DAP, mengapa hendak salahkan saya?,” katanya dalam satu wawancara secara dalam talian.

UMNO melabelkan dua bekas ahlinya iaitu Nor Azman dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron sebagai pengkhianat kerana dilihat senada bersama Pakatan Harapan (PH) selepas menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Sementara itu, mengenai tawaran RM2 juta yang tular dalam media sosial sejak kebelakangan ini, Nor Azman menjelaskan, wang berkenaan ditawarkan kepada Norhizam dan bukannya kepada Idris.

Jelasnya, Norhizam sendiri mengakui menerima tawaran berkenaan daripada ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis.

“Norhizam tidak terima tawaran tersebut kerana mempunyai integriti dan prinsip beliau sendiri. Dia juga tidak tahu siapa yang merakam dan menularkan perbualan tersebut.

“Sebab itu saya kata perjuangan kami berempat bukan disebabkan wang. Kalau saya ambil pun hendak buat apa, hanya akan menzalimi Keluarga Melaka sahaja,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya