Kenapa dengan Ayie Floor 88? - Utusan Malaysia

Kenapa dengan Ayie Floor 88?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKLIP suka dengan kumpulan Floor 88. Bukan semua anggotanya tetapi vokalis, Ayie memang mempunyai suara cukup hebat. Rasanya, memang ramai yang menanti suara Ayie di pentas Big Stage.

Walaupun tidak semua berjaya mengharum nama menerusi program itu, sekurangnya Big Stage menjadi platform baik untuk penyanyi muda bersaing. Di situ baru boleh tunjuk taring kan?

Berbalik dengan Ayie, ada beberapa orang mengadu mereka kurang senang dengan perkongsian penyanyi itu yang kini sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinannya. Eh, kenapa pula?

Ada yang mendakwa Ayie dan tunangnya beria-ia mencanang majlis pernikahan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Siang malam kongsi cerita nikah. Siap buat video YouTube lagi tau!

Tapi sebenarnya Poklip hairan, apa salah mereka? Kenapa ada yang meluat? Adakah kerana kandungan yang dikongsi kurang sesuai atau pun hati segelintir warganet kena pergi servis semula?

Bagi Poklip baguslah mereka berkongsi bila mahu kahwin, persiapan kahwin dan bermacam-macam lagi. Asalkan tidak melanggar hukum agama, apa salahnya. Jadi kenapa ada yang meluat?

Poklip pun faham keterujaan kedua bakal mempelai itu. Yalah, sudah lama menyulam cinta. Tali pertunangan juga sudah diikat, jadi tunggu apa lagi kan? Menanti detik bergelar suami isteri sahajalah.

Apa pun, Poklip doakan yang terbaik untuk pasangan itu. Doa yang sama juga Poklip hajatkan untuk pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Walaupun Uqasha hanya bluetick pertanyaan Poklip soal nikah, tak apa. Faham sahaja. Gitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya