Keluarga mohon jangan sebar gambar jenazah Mamat Khalid - Utusan Malaysia

Keluarga mohon jangan sebar gambar jenazah Mamat Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan gambar jenazah pengarah dan penerbit tersohor, Mamat Khalid di media sosial.

Permintaan itu dibuat oleh pihak keluarga Allahyarham menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini.

“Assalamualaikum semua. Pihak keluarga abang Mamat Khalid mohon jasa baik anda supaya tidak memuat naik gambar jenazah arwah abang Mamat Khalid, terima kasih,” tulisnya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River sebentar tadi.

Difahamkan Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampong Paloh, Ipoh sekitar pukul 11 pagi tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya