Kebenaran rentas negeri: Kes Covid-19 meningkat di KL, Putrajaya, Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Kebenaran rentas negeri: Kes Covid-19 meningkat di KL, Putrajaya, Negeri Sembilan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga negeri mencatatkan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19 bagi minggu ke-41 iaitu antara 10 hingga 16 Oktober lalu sejak kerajaan menarik semula sekatan rentas pada 11 Oktober lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan jumlah kes sebanyak 7.8 peratus, Putrajaya (3.3 peratus) dan Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan sebanyak 4.1 peratus.

Bagaimanapun katanya, peningkatan tersebut belum sampai ke tahap melumpuhkan sistem kesihatan negara dan hanya sekadar amaran awal malah kerajaan tiada perancangan melaksanakan semula sekatan rentas negeri kerana ia baharu sahaja ditarik semula.

Katanya, purata kadar insiden bagi tempoh tujuh hari minggu tersebut dilaporkan meningkat sebanyak 13.9 peratus bagi Putrajaya, Negeri Sembilan (9.4 peratus) dan Perlis 2.7 peratus.

“Pun begitu, di peringkat nasional, insiden jangkitan Covid-19 secara keseluruhan terus mencatatkan aliran penurunan dengan jumlah kumulatif kes berkurangan sebanyak 17.9 daripada 63,722 kes pada minggu epid ke-40 kepada 52,321 kes pada minggu epid ke-41.

“Purata kadar insiden bagi tempoh tujuh hari juga mencatatkan penurunan sebanyak 20.9 peratus iaitu daripada 248 kes per 100,000 penduduk pada minggu epid ke-40 kepada 196 kes per 100,000 penduduk pada minggu epid ke-41.

“Kementerian Kesihatan mengunjurkan purata sebanyak 7,576 kes harian dicatatkan dalam lima hari iaitu 18 Oktober hingga 22 Oktober,” katanya semasa sidang media khas hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan memutuskan melanjutkan pemberian dos penggalak kepada individu yang telah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan lalu dan akan diberikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer Bio-NTech secara heterologous.

Katanya, pemberian dos penggalak itu akan diberikan kepada individu berumur 60 tahun ke atas berdasarkan saranan Strategic Advisory Group of Expert (SAGE) on Immunization daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bersidang pada 4 hingga 7 Oktober lalu.

Jelasnya, sebagai permulaan, pelaksanaan pemberian dos penggalak tersebut bagi yang layak akan dimulakan pada hari ini secara berfasa di seluruh negara dan akan diterajui oleh pengamal perubatan swasta di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

“Individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan melalui pesanan ringkas kepada nombor telefon yang berdaftar bagi individu yang tidak mempunyai aplikasi berkenaan.

“Kaedah temu janji juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa dan bukan lagi penerima vaksin boleh membuat temu janji melalui sistem yang sedangkan dibangunkan Kementerian Kesihatan.

“Pemberian dos penggalak ini dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya