Kawasan tumpuan pelancong di Langkawi kembali meriah

Kawasan tumpuan pelancong di Langkawi kembali meriah

SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang menaiki bot pelancong untuk melihat keindangan pulau-pulau di Langkawi, hari ini. - FOTO/SHAHIR NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Beberapa kawasan tumpuan pelancong di pulau peranginan ini kembali meriah apabila mula dikunjungi orang ramai sempena cuti umum Maulidur Rasul hari ini.

Pelancong kembali berpusu-pusu berkunjung ke pulau ini selepas kerajaan memberi kebenaran merentas negeri yang mula berkuat kuasa pada 11 Oktober lalu.

Tinjauan wartawan di beberapa kawasan seperti kedai menjual coklat, Dataran Lang dan beberapa tempat tarikan lain mendapati pelancong tidak melepaskan peluang menghabiskan hari cuti di sini.

Pengurus Besar Underwater World Langkawi (UWL), Noraini Jumaat berkata, pihaknya kini menerima secara purata dua kali ganda pengunjung berbanding pada peringkat awal pembukaan semula Langkawi sempena gelembung pelancongan.

“Pada awal gelembung pelancongan, kami menerima purata 300 orang pengunjung sehari, tetapi sejak rentas negeri dibenarkan, kami menerima lebih daripada 500 orang pengunjung sehari.

“Purata tersebut tetap berada pada jumlah yang sama walaupun pada hari biasa dan cuti hujung minggu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pada hari Ahad lalu, UWL ada membuat persembahan khas ikan duyung telah meningkat dua kali ganda pada hari tersebut. 

Seorang pengusaha aktiviti air di Pantai Chenang, Jayakitha Narayanasamy berkata, dia menerima ramai pelanggan yang berminat melakukan aktiviti air sejak semalam.

Malah katanya, suasana di Pantai Chenang juga semakin meriah dengan kehadiran ramai pelancong selepas lebih setahun berada dalam suasana sunyi.

Sementara itu, pemilik kedai cenderahati di Dataran Lang, Hartini Harun berkata, kedainya mula menerima pengunjung walaupun tidak sebanyak seperti sebelum Covid-19 melanda.

“Sekarang perjalanan feri dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah masih terhad, cuma ada empat perjalanan sahaja sehari masuk ke Langkawi.

“Saya percaya jumlah pelancong akan bertambah sekiranya jumlah feri ditambah selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya