Jung Ho Yeon artis Korea paling ramai pengikut di Instagram - Utusan Malaysia

Jung Ho Yeon artis Korea paling ramai pengikut di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mencipta populariti menerusi drama bersiri Squid Game, Jung Ho Yeon kini secara tiba-tiba menjadi pelakon Korea Selatan yang mempunyai paling ramai pengikut di platform Instagram.

Perkara itu dilaporkan di media Korea yang memaparkan sekurang-kurangnya sejumlah 400,000 hingga 1.4 juta pengikut telah dicatatkan oleh Ho Yeon di akaun Instagramnya sejak beberapa hari drama itu ditayangkan.

Kini, sejak 17 September lalu, Ho Yeon telah memiliki seramai 13 juta pengikut di media sosial dan ia mengatasi selebriti Korea yang lain.

Rekod sebelum itu pernah diduduki oleh aktres Korea bernama Lee Sung Kyung yang mencatatkan jumlah pengikut kurang ratusan ribu daripada Ho Yeon.

Dianggarkan, Ho Yeon meraih sekurang-kurangnya 10,000 pengikut dalam tempoh satu jam di platform media sosial tersebut.

Menerusi drama Squid Game, Ho Yeon memainkan watak Kang Sae Byeok yang menyertai pertaruhan maut itu dalam usaha memenangi kekayaan demi membawa keluarganya yang susah berpindah ke Korea Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya