JKM Seremban cari waris bayi ditinggalkan atas rumput

JKM cari waris bayi ditinggalkan atas rumput

BAYI comel yang ditemukan di atas rumput di Taman Ara Sendayan, Seremban pada 7 September lalu. - FOTO/JKM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seremban sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada bayi perempuan yang dijumpai oleh orang awam di kawasan rumah kongsi, perumahan Taman Ara Sendayan, di sini pada awal September lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban, Mustafal Bakri Mohammad Yusof berkata, bayi berusia sebulan enam hari itu telah diselamatkan seperti mana peruntukan di bawah Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak- kanak 2001.

“Bayi berkenaan telah diperintahkan diletakkan pada orang yang layak dan sesuai. JKM juga menerima kebenaran mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001 oleh Mahkamah Kanak-kanak Seremban untuk melakukan siaran akhbar (bagi mencari waris),” katanya hari ini.

Jelas Mustafal Bakri, JKM ingin mengesan waris kepada bayi tersebut bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut.

“Waris atau kenalan serta orang awam yang mengenali ibu kandung kepada bayi terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-kanak, Emelia Kamarulzaman di talian 06-6015798,” katanya. 

Sebelum ini media melaporkan, seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas rumput berdekatan rumah kongsi berhampiran Precint 3, Taman Ara Sendayan di sini pada 7 September lalu.

Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, bayi itu masih mempunyai tali pusat serta uri selain terdapat kesan gigitan serangga. 

Sementara itu, berdasarkan keadaan bayi berkenaan, polis percaya bayi itu masih belum diketahui identitinya dan baru dilahirkan kurang daripada 12 jam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya