Jessica Iskandar tepis dakwaan hanya pilih lelaki asing, kacukan - Utusan Malaysia

Jessica Iskandar tepis dakwaan hanya pilih lelaki asing, kacukan

JESSICA bersama tunang, Vincent Verhaag.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon dan model, Jessica Iskandar tampil menepis tanggapan awam yang mendakwa dia hanya memilih lelaki asing atau berdarah kacukan sebagai teman istimewa.

Lapor portal Liputan6, pelakon filem Nazar itu berkata, hubungan dengan lelaki berlainan bangsa hanyalah satu kebetulan.

“Saya sebenarnya terbuka untuk lelaki tempatan juga,” jawabnya ketika menjadi tetamu untuk program Brownis yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan.

Jessica yang mesra dengan panggilan Jedar telah mengikat tali pertunangan bersama jejaka kacukan Indonesia dan Belanda, Vincent Verhaag.

Jelitawan ini juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama lelaki warga Jerman bernama Ludwig Franz sebelum bercerai pada 2014. Mereka dikurniakan seorang anak bernama El Barack Alexander.

Pada 2019, Jessica mengikat tali pertunangan dengan jejaka berdarah kacukan Indonesia dan Australia, Richard Kyle. Namun keduanya berpisah sekitar tahun lalu.

Dalam pada itu, Jessica melihat pertunangannya bersama Verhaag sebagai penyatuan dua bangsa yang berbeza.

“Mungkin orang ramai melihat sebagai penyatu dua bangsa, Indonesia dan Belanda,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya