JBPM pertimbang kenaikan pangkat arwah Mohd. Diya

JBPM pertimbang kenaikan pangkat arwah Mohd. Diya

ABDUL WAHAB Mat Yasin ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mempertimbangkan kenaikan pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh yang terkorban dalam operasi penyelamatan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat di sini, semalam. 

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pihaknya akan menyediakan ruang untuk pertimbangan tersebut seperti yang telah diberikan kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

“Kita akan bawa ke peringkat tertinggi untuk mempertimbangkan mengenai kenaikan pangkat Allahyarham kerana kali terakhir beliau memangku pangkat PBK II. 

MOHD. DIYA CHE JUSOH

“Sekiranya ada ruang insya-Allah, kita akan pertimbangkan sebagaimana yang telah dilakukan untuk arwah Adib,” katanya ketika ditemui pemberita ketika hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Mohd. Diya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, di sini hari ini. 

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Operasi JBPM, Datuk Nor Hisham Mohamad dan Pengarah JBPM Melaka, Penolong Pesuruhjaya Abu Bakar Katain.

Tambahnya lagi, JPBM juga akan menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi menyiasat insiden yang berlaku di Kampung Sungai Putat, termasuk kaedah operasi penyelamatan diguna pakai dalam menghadapi cabaran arus deras. 

“Kita akan melihat setiap sudut dan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan, kita akan menambah baik supaya insiden seumpama ini tidak berulang.

“JPBM juga sedang dalam pembinaan satu simulasi penyelamatan air berarus deras di akademi di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu,” jelasnya.

JPBM akan menyalurkan bantuan kewangan kepada keluarga Allahyarham menerusi Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan (TAPPN) serta koperasi dengan nilai anggaran keseluruhan RM350,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN