Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar boleh kembali dilalui

Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar kini boleh dilalui

JALAN Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar, Rembau yang terputus dua petang semalam akibat kejadian banjir kilat kini sudah boleh dilalui kembali oleh semua jenis kenderaan bermula pukul 6 pagi tadi. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar di sini, yang terputus dua dalam kejadian banjir kilat semalam, kini kembali boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan bermula pukul 6 pagi tadi.

Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir. Mohd. Fareid Isa berkata, pihaknya telah mengambil tindakan pantas dengan melaksanakan kerja-kerja pembaikan sejak menerima aduan berlakunya kejadian berkenaan pada pukul 4 petang semalam.

Jelasnya, hujan lebat luar jangka telah menyebabkan tanah di kiri dan kanan pembetung yang sedang dinaiktaraf runtuh dibawa arus deras.

“Bagaimanapun kami telah mengambil langkah segera bagi membolehkan laluan ini digunakan kembali oleh penduduk bermula pukul 6 pagi tadi.

“Susulan kejadian banjir kilat semalam, tiga laluan telah ditutup sementara iaitu Jalan N107 (Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar); Jalan N09 (Jalan Linggi – Pedas) dan N102 (Rantau-Chembong).

“Satu lagi laluan iaitu FT005 (Lubuk Cina-Port Dickson) masih lagi ditutup dari sebarang kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya