Jalan di pekan Pokok Sena, Jabi ditutup akibat banjir - Utusan Malaysia

Jalan di pekan Pokok Sena, Jabi ditutup akibat banjir

BEBERAPA buah kenderaan terperangkap dalam kejadian banjir di jalan pekan Pokok Sena, Alor Setar petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Beberapa jalan di pekan Pokok Sena dan Jabi di sini ditutup selepas dinaiki air berikutan hujan lebat lebih dua jam pada petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, jalan utama ke pekan Pokok Sena dinaiki air kira-kira satu meter berikutan air deras yang melalui Jabi ke pekan berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, jumlah kenderaan yang terperangkap dalam kejadian banjir tersebut masih belum diketahui.

Katanya, beberapa rumah juga dimasuki air di jalan Kampung Machang Kurung di sini.

“Pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.10 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya ke lokasi terdapat lima buah rumah telah dimasuki air iaitu seramai 11 mangsa daripada tiga keluarga terdiri daripada seorang warga emas, dua lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan enam kanak-kanak lelaki,” katanya di sini petang ini.

Tambahnya, mangsa banjir terlibat telah dipindahkan sementara ke rumah jiran berhampiran selepas rumah mereka dinaiki air hingga paras 0.5 meter dalam kejadian banjir tersebut.

“Setakat sekarang, operasi masih dijalankan untuk memindahkan mangsa ke tempat selamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya