Basikal lajak: Jabatan pendakwaan kemukakan rayuan

Jabatan pendakwaan kemukakan rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Pendakwaan Negeri Johor akan membuat rayuan setelah Mahkamah Majistret membenarkan jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd. Rahman berkata, rayuan tersebut akan difailkan dalam masa terdekat.

“Kita akan berbincang dahulu dengan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya sebelum memfailkan rayuan dalam tempoh 10 hari ini,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Majistret hari ini.

Mahkamah Majistret mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan tertuduh, Sam Ke Ting, 26, daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, 18 Februari 2017. 

Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan tersebut dengan mengulangi keputusan sama dibuat sebelum ini selepas Ke Ting diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Februari lalu.

Keputusan itu diputuskan Siti Hajar yang membacakan keputusan kes di akhir pembelaan di Mahkamah Majistret.

Tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mendiamkan diri ketika Majistret membacakan keputusannya.

Sementara itu, usaha wartawan untuk mendapatkan maklum balas Ke Ting tidak berjaya setelah tertuduh memilih untuk mengunci mulut terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar yang ditemui juga enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah berkenaan.

“Buat masa ini, kami tidak boleh memberikan sebarang kenyataan kerana kes masih belum selesai.

“Kita jangkakan bahawa pihak pendakwaan akan membuat rayuan. Oleh itu, tiada komen boleh diberikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya