IWK ambil alih selenggara sistem pembentungan di MBJB, MBPG - Utusan Malaysia

IWK ambil alih selenggara sistem pembentungan di MBJB, MBPG

HASNI Mohammad (dua kanan) bersama Tuan Ibrahim Tuan Man (dua kiri) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kolaborasi antara JSW dan IWK di ibu negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. akan menjadi entiti yang dipertanggungjawab untuk operasi dan penyelenggaraan sistem pembentungan di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Ini susulan syarikat milik kerajaan negeri Johor, Johor Special Water (JSW) Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian kerjasama bersama IWK bagi penyerahan tugas-tugas operasi dan penyelenggaran sistem pembentungan.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perjanjian itu turut melibatkan kerjasama menaik taraf dan meningkatkan mutu perkhidmatan pembentungan di kawasan MBJB dan MBPG.

Beliau berkata, menerusi kolaborasi tersebut, ia memberi peluang kepada Johor untuk berkerjasama dengan IWK khususnya daripada segi kepakaran dan dalam bidang pengurusan pusat kumbahan.

“Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) diatas pemeteraian perjanjian ini. Kolaborasi ini juga bagi membolehkan langkah-langkah sampingan bagi air terawat yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan industri di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Hasni bersama Menteri KASA, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyaksikan pemeteraian perjanjian antara JSW dan IWK.

Perjanjian ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif JSW, Zulkiflee Abas dan Ketua Pegawai Eksekutif IWK, M. Narendhran.

Perjanjian yang akan bermula pada 1 Disember ini membolehkan IWK mengambil alih operasi dan penyelenggaran 191 loji rawatan kumbahan iaitu 147 di MBJB dan 44 di MBPG yang melibatkan keseluruhan populasi setara sebanyak 1.46 juta penduduk. 

IWK juga akan menyediakan perkhidmatan menyahenap cemar kepada kira-kira 293,236 buah tangki septik individu serta tangki tradisional di kedua-dua kawasan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya