Itu semua titik terendah dalam hidup saya - Ayu Ting Ting - Utusan Malaysia

Itu semua titik terendah dalam hidup saya – Ayu Ting Ting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Pernah bergelar isteri kepada Henri Baskoro atau Enji, penyanyi dangdut terkenal, Ayu Ting Ting bagaimanapun terpaksa akur bahawa perkahwinan tersebut cuma bertahan selama setahun sahaja.

Mendirikan rumah tangga dengan Enji pada tanggal 4 Julai 2013 dan kemudiannya bercerai pada 1 April 2014, Ayu mengaku, sepanjang perjalanan menjadi seorang janda yang juga ibu kepada seorang cahaya mata bukanlah satu fasa hidup yang indah untuk dikenang.

Malah, menurut Ayu, sepanjang usia kehamilannya juga dia tidak dijenguk oleh bekas suami atau menerima layanan baik selayaknya memandangkan dia merupakan ibu kepada anak yang dikandung.

“Itu adalah satu fasa dan titik terendah dalam hidup saya. Tiada kasih sayang,tiada layanan baik, semua itu saya tidak merasainya dan kemudian harus berpisah. Pernah juga terfikir, bagaimana ya keadaan nanti?

“Waktu itu memang saya memikirkan nasib si anak. Saya fikir mental anak pada masa hadapan itu bagaimana? Tetapi jika tidak berpisah pada waktu itu, saya juga tidak ingin anak merasai kesakitan di jiwa saya. Apalagi dalam kekecewaan bahawa tidak memiliki pasangan yang baik buat diri ketika itu,”katanya.

Ayu berkata demikian ketika muncul dalam sesi luahan perasan menerusi saluran Youtube rakan
selebriti, Denny Sumargo baru-baru ini.

Selain itu, penyanyi ini juga mengaku bahawa ketika dia melahirkan anak tunggalnya, Bilqis Khumairah Razak lapan tahun lalu, tiada siapa pun tahu bilakah dirinya dibawa ke hospital untuk bersalin.

Sangat berhati-hati, kata Ayu, bahkan tiada saudara mara atau rakan-rakan terdekat yang tahu kerana saat itu dia cuma mahu melindungi keselamatan bayinya daripada sebarang kemungkinan diambil orang.

Dalam pada itu, penyanyi ini juga mengaku tidak selamanya mahu melarang bekas suami untuk bertemu dengan anaknya namun semua itu membuatkan dirinya menyimpan pertanyaan sendiri.

“Siapa yang tidak mahu melihat anak bertemu dengan bapanya. Semua orang juga nak tengok perkara itu. Cuma tertanya, selama saya hamil, dia ke mana? Anak itu tahu bagaimana sakitnya saya, bagaimana deritanya saya.

“Anak kami sudah dapat merasai perasaan itu sejak dari dalam perut. Jadi, bukan tidak mengizinkan bekas suami untuk bertemu anak. Cuma, ya, kenapa sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya